Sunday, 27 May 2012

resepi ayam penyet

assalamualaikum

selamat pagi cinta!!! 
jam baru menunjukkan tepat pukul 9 pagi dan sekarang dah terpikiaq nak masak pew untuk tengah hari nanti.. *ok..bakal2 mak mertua sila vote for me ye.. bagus anak encik Razman niyh..hahaha...

 berbalik pada tajuk entri kali niyh nurul dan mama nak masak Ayam Penyet.. resepi niyh diambil daripada rancangan Ketuk-ketuk Ramadan by Hajjah Sheila Rusly..
baru nak first time nak try niyh.. hope sedap lah kowt.. rugi lah kamu hencik Abdullah siapa suruh balik Terengganu pagi niyh..hahaha... :')

 nipuw benor niyh..blum masak da adew gambar da?ish3.. 

ok enough dengan mengarut dan resepinye adalah seperti berikut:

BAHAN BAHANNYA

Ayam ( 1 ekor dipotong 4 )
Jintan Manis ( 3 sudu besar dtumbuk )
Jintan Putih ( 3 sudu besar ditumbuk )
Biji Ketumbar ( 3 sudu besar ditumbuk )
Bawang Putih ( 5 ulas ditumbuk )
Halia ( 1 ½ inci ditumbuk )
Kunyit Hidup ( 1 inci ditumbuk )
Serai ( 3 batang ditumbuk )
Lengkuas ( 1 inci ditumbuk )
Daun limau purut
Air

CARA CARA MEMBUATNYA -
Masukkan ayam kedalam kuali dikuti dengan bahan bahan yang ditumbuk. Masukkan air dan daun limau purut pastikan air melebihi paras ayam yang hendak direbus. Masukkan garam secukup rasa. Apabila ayam telah empuk, keluarkan ayam letak ditempat berasingan dan tapis air rebusan tadi.

SAMBAL AYAM PENYET / LOTEH

BAHAN BAHANNYA

Cili Padi Merah ( 30 biji digoreng )
Cili Merah ( 12 biji dipotong potong dan digoreng )
Tomato ( 4 biji dipotong 4 dan digoreng )
Bawang Merah ( 15 biji digoreng )
Bawang Putih ( 5 ulas digoreng )
Belacan (1 inci dibakar )
Air Asam Jawa

CARA CARA MEMBUATNYA -
Setelah digoreng, semua bahan bahan perlulah ditumbuk satu persatu. Masukkan semua bahan kedalam kuali dan digoreng sehingga naik minyak. Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula secukup rasa. Goreng ayam yang telah direbus sehingga garing. Hidangkan bersama nasi putih,tempe dan tauhu goreng,timun dan kubis.



.::: lain orang lain resepinya..terpulang pada korang..selamat mencuba ok ::.
:)
 

3 comments:

  1. dik apa jadi pada ayam tu...perlu goreng ke tak lepas tu...:)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. tempenya perlu ngak di perap?... kriukkriuk bawang tu ada resepinya ngak? Alhamdulillah sambalnye menjadi...

    ReplyDelete